Wednesday, February 24, 2010

Cerita Kaunseling - Izinkan saya beri cadangan...



Luar jendela agak suram, terik matahari sejak tengahari tadi mula menunjukkan belasnya. Sedang elok menatap komputer, bos masuk bertanya cerita. Sambil-sambil beliau menghambur kata, kata-katanya yang hanya separuh masuk ke benak kerana pandangan dan fikiran terlalu tertumpu kepada paparan monitor. Tangan kanan laju menjalankan tetikus, menarik dan menolak fungsi-fungsi yang terpapar, aku cuba membaiki gambar-gambar yang diambil semasa bengkel AKRAM baru-baru ini.

Banyak ilmu baru diperolehi dan ilmu yang sedia ada ditambah baik agar ianya sentiasa dijalankan dilandasan yang sebaiknya. Bengkel diadakan selama 4 hari 3 malam bertempat di PD Sanctuary, Negeri Sembilan. Ini kali pertama bengkel yang aku dihadiri oleh hampir kesemua lapisan warga kerja. Daripada Pembantu Rendah Am hinggalah ke Pegawai Tadbir dan Diplomatik turut serta dalam usaha menjalankan tujuan murni ini.

Para penceramah dikerah untuk memastikan agar bakal ahli-ahli AKRAM ini bersedia untuk dihadiri oleh rakan-rakan sejawat. Hati dan semangat melonjak-lonjak memikirkan pelbagai cara dan cadangan andai didatangi permasalahan demi permasalahan. Namun semangat itu dihentak seketika kerana kami semua tidak dibenarkan memformulakan sebarang keputusan mahupun cadangan melainkan dengan persetujuan klien. Lonjakan semangat kembali semula...

Sesi terapi yang dipraktikan jugak memaparkan kepelbagaian serta keunikan bidang kaunseling. Dari menempatkan diri di sebatang pokok hingga kaunseling kelompok menampakkan serba sedikit potensi diri dalam bakal ahli sekalian. Masa-masa terluang tidak dilepaskan begitu sahaja. Berkayak, berenang, mengambil gambar, berjogging antara aktiviti petang yang kami laksanakan. Aku juga dinaiktaraf setiap pagi untuk menjadi 'instructor'. acara memanaskan badan sebelum 'poco-poco'!!

Secara peribadi, aku pulang dengan ilmu yang lebih mendalam dalam bidang kaunseling. Aku yakin segala yang diperolehi sepanjang beberapa hari ini dapat aku manfaatkan dalam kehidupan seharian. Aku juga tidak akan lupa, aku perlu mendapat persetujuan sebelum aku menyuarakan - Izinkan saya memberi cadangan...

Tanjung Agas aku tinggalkan....

Azmi Nor























2 comments:

Fadzrulhisham said...

Assalamualaikum..

Bagi pihak PD Sanctuary Apartment, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana memaparkan gambar dan pemandangan yang menarik di tempat kami. Kami akui masih ada kelemahan-kelemahan yang ada di tempat kami dan InsyaAllah kami akan cuba memperbaiki secara berperingkat-peringkat.

Bagi mereka yang ingin menganjurkan seminar atau hari keluarga kami mengalu-alukan kedatangan anda semua ke tempat kami. Sila layari www.pds.com.my

SEKALI LAGI TERIMA KASIH EN. AZMI AND TEAM KLN!!!

Bagi Pihak,

Fadzrulhisham Bani
Eksekutif Pembangunan & Pemasaran

amran said...

Salam Encik Azmi,

Tahniah di atas kejayaan menjadi peserta dalam program AKRAB tempoh hari. Saya juga sangat gembira, jika ahli-ahli AKRAB KLN turut gembira dengan sepenuhnya, selama penganjuran program tersebut.
Apa-apa pun, saya juga sangat gembira dalam mencurahkan ilmu bidang kaunseling kepada anda semua.
Syabas di atas gambar program AKRAB, dan teruskan usaha yang murni sebegini sebagai satu mercu kejayaan kita semua.

Terima kasih.

Amran Hassan
Kaunselor Kanan