Saban hari aku mengira waktu... satu tahun, dua tahun... kini hampir empat tahun aku menetap di tanah arab ini... biar aku tenung sejauh mana, sedalam mana... andai belum tiba masanya.. maka... di sinilah aku berada...
Petang di rumah memang menenangkan... Aiman memanjat tanpa jemu... memang begitu agaknya lumrah anak kecil yang baru mencecah umur 2 tahun ini... tenaga yang tak kunjung habis... petah kata tersusun rentak... lincah amat guling-gulingan.... hmm... tatakala aku hanya mampu senyum sendiri melayan kerenahnya... "baru sorang ni... ada rezeki sok... ntah camne la aku...." monolog hatiku yang tenang....
"Malaysiaaaa... truly Asiaaaaaaaa"... Bait lagu yang mengakhiri iklan di TV. Memang rindu aku kepada Malaysia semakin hari semakin meninggi... dengan iklan-iklan di kaca kotak segiempat yang tak putus-putus memandangkan 2007 adalah "Tahun Melawat Malaysia"... "aarrrgggghhh.... rinduuuuunyeeeeeeeeee"....
Kakiku menghentak lantai tanpa diarah... geram rasanya... "bilalah kerajaan Malaysia nak panggil balik ni..." Apalah sangat 7 kali berhari raya di luar negara, apalah sangat warga arab di merata-rata... apalah sangat cuaca panas yang membakar... "alaaa... biasalah tu... kau dah pilih kerja kat luar... kenalah korban sikit..." Antara 'respon' yang aku terima bila perasaan rindu ku ini ku kongsi bersama...
Jika difikirkan... memang benar... apalah yang perlu aku gusarkan... ada lagi yang lain bakal rindu dengan tanah airnya... rindu dengan juadahnya.. rindu dengan budayanya...Minggu lepas... akhbar tempatan melaporkan "Fake Credit Card pair Jailed".... hmm... 3 tahun lamanya orang Malaysia dihukum untuk menghuni ruang di balik tirai besi di bumi Bahrain ini.... mereka bakal menempuh satu tempoh yang bakal akan menyemarakkan rasa rindu pada Malaysia... Aku bersimpati di samping bersyukur pada Illahi. Betapa untungnya diri ini kerana berada di bumi asing ini atas sebab mencari rezeki, manakala ada yang 'terpaksa' berada di sini kerana kesilapan tutur laku budi bicara....
"bila nak balik?" tanya mak setiap kali aku menelefon bertanya khabar... "tak tau lagi mak, doa-doakan la yek"... jawabku ringkas... mungkin rindu juga mak abah kepada aku sekeluarga. Rindu aku pada mereka memang tak dapat nak dikata... dulu, sebelum dapat peluang melebarkan sayap ke tempat orang, tak terasa bahawa berjauhan dari tempat tumpah darah memang menguji tahap kerinduan.... kini hanya sebutir "petai" kadang kala menguris hati... Sudah pasti akan ada rasa rindu jika aku tinggalkan Bahrain kelak, tapi... ketika ini... Malaysia sangat-sangat di hati....
Aiman melompat lagi... kali ini aku ditenungnya pula, mungkin faham perasaan abahnya ini.....
Azmi Nor
3 comments:
Hujan emas di negeri org,Hujan batu di negeri sendiri..seburuk manapun negeri kita aka Malaysia,sejauh manapun kita pergi,Malaysia tetap dihati..
mmm x paham arr "sebutir petai" apa maknanya, leh terangkan x?
Post a Comment