Thursday, April 19, 2007

Cerita Kawan - Suka Duka Seorang "Member"

Tatakala aku sedang menghabiskan sisa kerja yang tak pernah habis... teknologi terkini berkelip-kelip menandakan ada jasad yang cuba untuk berkomunikasi...

Eh... sahabat lama rupanya.... perbualan tanpa lisan pun bermula... hanya ketukan kekunci sesekali berbunyi... cepat... lambat.... silih bertukar... tak sangka... emosi juga boleh mempengaruhi ketukan taipan. Tergamam aku sejenak....

Kawan, sahabat, rakan, "member" - antara terma atau panggilan bagi orang yang rapat namun tiada pertalian yang selalu kita gunakan. "Kawan aku tu, jaga dia baik-baik".... ada yang menggunakan kesempatan "kawan" ini untuk kepentingan sendiri... ada yang betul-betul jaga kawan... tapi sejauh mana kita kenal "member" kita...

"Aku pernah terlanjur mie", "tu anak tiri aku", "rumah aku nak kena lelong minggu depan tau!!!", "Mak aku meninggal minggu lepas", "handphone aku hilang laaaa", "aku tak bahagia la Mie"..... macam-macam lagi ungkapan-ungkapan yang mungkin akan memberi kejutan jika kita pasang telinga dan cuba luangkan masa untuk "member" yang kita kenali... sejak dulu kita kenal dia, banyak lagi rupanya yang belum kita tahu...

Masalah, masalah dan lagi masalah... banyak masalah yang cuba dicurahkan apabila seseorang menjadi pendengar setia. Apa yang mereka perlukan hanya tempat untuk mengadu dan mencurahkan keperitan yang kian lama bersarang mahupun yang kini sedang berlaku. Masalah rumahtangga, masalah kewangan, masalah cinta, masalah hati dan perasaan, semuanya dihamburkan tanpa segan silu. Prinsip seorang rakan yang akan sentiasa menyimpan rahsia atau curahan perasaan mengesahkan bahawa "berita-berita panas dan terkini" tidak akan sampai ke pengetahuan insan lain.

Namun begitu, sejauh mana sanggup kita pergi? Sanggupkah kita berhempas pulas, habis segala penat lelah hanya untuk membantu seorang sahabat? Jawapan yang hanya mampu dijawab oleh empunya diri sendiri. Di kala kita mendengar dan memahami curahan hati si dia, belum tentu ada yang sudi menjadikan cerita kita sebahagian dari diari hidup dia.

Wahai kawan, kini aku berada di bumi asing, namun kenangan serta memori kita bersama begitu sukar tuk dilupakan. Aku renung jauh keluar jendela, jarang sungguh awan menangis di negara teluk ini. Aku suka hujan... hujan di sini membersih suasana berdebu... tapi belum tentu ianya membawa ketenangan buat kawan ku di sana....

Rintik hujan makin galak...


Azmi Nor

1 comment:

ctjuliez said...

i dgn my frens mmg rapat.sbb tu wlu i duduk jauh dcni,kami msh berhubung.dunia kan dah moden..klu tak guna emel,sms kan ada..klu nak crita psl masalah plk,mmg masalah tak penah lari dr hidup kite.klu hidup kite takder masalah,umpama pesakit yg guna "support machine" utk teruskan hidup..