Hari ini aku buka E-mel....
"macam mana kita nak tau perempuan itu masih dara"..... tertera secara jelas dan nyata. Isu hangat atau sengaja disuarakan kerana tiada lagi isu yang hangat...
Kalau ianya hanya mainan kata, mengapa ramai yang membalas menyuarakan buah fikiran masing-masing? Tak kiralah sama ada yang bagi tips, mahupun sindiran atau gurauan pedas... tapi nampak gaya, taktik si pemula topik ini menampakkan satu fenomena terbaru untuk dikaji pengguna emel skalian.
Sesuatu organisasi rumahtangga yang bakal didirikan sudah pasti tidak dapat lari dari isu "Teruna dan Dara". Paling tidak pun, si dara mesti menjadi bualan. 30-40 tahun yang lampau, isu ini sudah semestinya dipertikaikan. Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan "status" dara masih ada pada si gadis. Budaya dan adat resam memang tak dapat dipisahkan. Namun begitu, hari demi hari, tahun silih berganti, kita makin tergelongsor ke dalam arus kemodenan. Kita bukan lupa adat resam, cuma masing-masing terlalu sibuk untuk mengingatkan diri sendiri betapa pentingnya asal usul kita.
Suatu ketika dahulu, andai "ditebuk tupai", maka hebohlah kampung, jatuhlah maruh diri dan keluarga. Satu tamparan hebat yang harus diterima dan dilalui selagi hayat dikandung badan. Tapi kini... kurang tupai yang dipersalahkan andai aktiviti tebuk-menebuk ditemui. Dalam persekitaran yang memerlukan kita sentiasa sempurna, kadang kala kita dihijabkan pandangan mata dan hati bagi membakar amarah kepada topik yang sebenar.
Jadi, perlukan aku kecewa kerana tiba-tiba hari ini muncul subjek "macam mana kita nak tau perempuan itu masih dara" atau patutkah aku melepaskan nafas lega kerana keprihatinan kita sebenarnya belum pudar seperti mana yang aku sangka...
Aku tersenyum sendiri sambil perhatian ku tertumpu pada balang biskut di sudut meja yang hampir kosong isinya.....
Azmi Nor

2 comments:
;) sensitiviti topik ini sudah tidak dipandg berat oleh masyarakat kite.apa yg penting skrg ialah bekerja keras utk menikmati hidup yg lebih mewah.cuma segelintir masyarakat minoriti sj yg msh menitikberatkan isu dara bg bakal pengantin.
nice entry beb...
Post a Comment